"Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris." - Sayid Jamaluddin al-Afghani
Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah seorang aktivis politik dan nasionalis Islam yang berasal dari Afghanistan.
Nama sebenar beliau ialah Muhammad Jamaluddin al-Afghani al-Husaini dilahirkan pada tahun 1838 Masihi di Asadabad, Afghanistan.
Beliau dikenali sebagai salah seorang pengasas Islam moden dan berjaya menaikkan semangat orang Islam untuk menentang penjajahan demi kemajuan diri, masyarakat, agama dan negara.
Beliau juga telah mengarang beberapa buah buku untuk rujukan generasi Islam sezamannya dan akan datang. Antara karya-karyanya ialah al-A'mal al-Kamilah, ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin, Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan, al-Khatirat dan at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah.
Sayid Jamaluddin al-Afghani juga adalah guru kepada salah seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Muhammad Abduh.
Sayid Jamaluddin al-Aghani meninggal dunia pada 1897 Masihi dan dikebumikan di Istanbul, Turki.
No comments:
Post a Comment