Sunday, December 9, 2012

Benjamin Franklin

"Semua yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu." - Benjamin Franklin

Benjamin Franklin ialah salah seorang tokoh pengasas penubuhan Amerika Syarikat. Beliau juga dikenali sebagai seorang negarawan, pencipta dan saintis.

Benjamin Franklin dilahirkan di Boston, Massachusetts pada 17 Januari 1706.

Beliau ialah salah seorang wakil yang menandatangani perjanjian kedamaian antara Amerika Syarikat dan Great Britain selepas Revolusi Amerika.

Penemuan saintifiknya yang terkenal ialah rumusan teori pengaliran elektrik yang memperkenalkan arus elektrik positif dan negatif dan juga demonstrasi kelaziman petir yang menjurus kepada penciptaan konduktor (pengalir) arus elektrik.

Benjamin Franklin meninggal dunia pada 17 April 1790 di Philadelphia, Amerika Syarikat ketika berusia 84 tahun.

No comments: