Monday, December 10, 2012

Cicero

"Hati yang penuh syukur, bukan saja merupakan kebajikan yang terbesar, melainkan merupakan pula induk segala kebajikan yang lain." - Cicero

Cicero atau nama penuhnya Marcus Tullius Cicero ialah seorang ahli falsafah, pemidato dan penulis Rom.

Beliau lahir pada 3 Januari 106 Sebelum Masihi di Arpinum, Rom.

Sebagai seorang pemidato dan penulis, Cicero telah menjadi model kepada prosa Latin.

Karya-karyanya berupa ucapan, tulisan-tulisan retorik dan falsafah juga risalah-risalah.

Beliau merupakan penyokong Pompey menentang Julius Caesar dan menerusi karyanya Philippics (43 Sebelum Masihi) beliau telah menyerang Mark Antony yang akhirnya telah menyebabkan kematian Cicero sendiri.

Cicero meninggal dunia pada 7 Disember 43 Sebelum Masihi setelah ditangkap dan dibunuh oleh tentera.

No comments: