Thursday, December 20, 2012

Andrew Jackson

"Musuh yang paling bahaya di dunia ini adalah perasaan takut dan bimbang. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh." - Andrew Jackson

Andrew Jackson ialah Presiden Amerika Syarikat yang ketujuh.

Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1767 di Waxhaw, South Carolina, Amerika Syarikat.

Nama gelaran untuk Andrew Jackson ialah Old Hickory.

Ketika berusia 13 tahun, Andrew Jackson telah menyertai pasukan militia South Carolina dan terlibat dalam Perang Revolusi Amerika.

Beliau juga dilantik menjadi jeneral dan menewaskan tentera Indian Creek sewaktu Perang Horseshoe Bend tahun 1814.

Pada tahun 1815 beliau telah menewaskan tentera British dalam perang di New Orleans.

Beliau juga menewaskan tentera Indian Seminole di Florida pada tahun 1817.

Andrew Jackson juga adalah seorang peguam dan ahli perniagaan. Beliau kemudian melibatkan diri dalam politik dan menjadi ahli parti Democratic.

Setelah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 1828, Andrew Jackson telah melaksanakan beberapa dasar antaranya menghalang piagam pembaharuan bank di Amerika Syarikat, melaksanakan Akta Pemindahan Indian (Indian Removal Act) 1830, pengisytiharan menentang pembatalan undang-undang persekutuan, menerbitkan Pekeliling Specie (Specie Circular), deklarasi kemerdekaan Texas, menyertakan Arkansas sebagai negeri ke-25 Amerika Syarikat, membentuk Wilayah Wisconsin, memperakui Michigan sebagai negeri ke-26 Amerika Syarikat dan mengiktiraf kemerdekaan Texas.

Andrew Jackson juga menyertai badan peguam North Carolina dan Tennessee, menjadi peramal bidang hartanah yang berjaya dan sebagai ahli delegasi Konvensyen Perlembagaan Tennessee.

Andrew Jackson meninggal dunia pada 8 Jun 1845 di Nashville, Amerika Syarikat akibat batuk kering yang kronik, busung dan kegagalan jantung berfungsi.

No comments: