Tuesday, December 25, 2012

Theodore Roosevelt

"Perkara terbaik yang dapat kamu lakukan ialah melakukan perkara yang betul, yang kurang baik kamu lakukan ialah melakukan perkara yang salah dan yang paling buruk ialah apabila kamu tidak melakukan apa-apa langsung." - Theodore Roosevelt

Theodore Roosevelt ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26.

Theodore Roosevelt lahir pada 27 Oktober 1858 di New York, Amerika Syarikat.

Theodore Roosevelt berkelulusan Harvard pada tahun 1880 dan pernah menjadi peguam, peladang, tentera, penguasa polis dan penulis.

Theodore Roosevelt pernah berkhidmat untuk tentera Amerika Syarikat sewaktu Perang Amerika-Sepanyol 1898 di mana beliau telah menubuhkan dan memimpin suatu angkatan yang dikenali sebagai Rough Riders.

Nama gelaran bagi Theodore Roosevelt ialah Teddy Roosevelt dan Theodore Roosevelt telah menjadi ilham kepada patung beruang teddy bear setelah satu imej kartun politik tentang dirinya yang gemar memburu beruang.

Theodore Roosevelt dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat setelah pembunuhan Presiden William Mckinley pada 14 September 1901.

Antara beberapa pencapaian dan perlaksanaan Theodore Roosevelt sewaktu memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat adalah memperkenalkan undang-undang antitrust, menubuhkan Jabatan Perdagangan dan Buruh (Department of Commerce and Labor), menubuhkan Jabatan Hutan Amerika Syarikat (U.S. Forest Service), memperoleh hak untuk zon Terusan Panama oleh kerajaan Amerika Syarikat, memperkenalkan Akta Makanan dan Perubatan Persekutuan (Federal Food and Drugs Act) serta kemasukan Oklahoma sebagai negeri yang ke-46 di Amerika Syarikat.

Theodore Roosevelt meninggal dunia pada 6 Januari 1919 di Oyster Bay, New York, Amerika Syarikat akibat serangan jantung.

No comments: