Wednesday, December 19, 2012

Kōbō Abe

"Perkara paling menakutkan dalam dunia ialah apabila menemui sesuatu yang luar biasa dan ia adalah paling dekat dengan kita." - Kōbō Abe

Kōbō Abe atau nama sebenarnya Kimifusa Abe ialah seorang penulis, fotografer dan pereka warga Jepun.

Beliau dilahirkan di Kita, Tokyo, Jepun pada 7 Mac 1924 tetapi dibesarkan di Mukden (kini dikenali sebagai Shenyang, Manchuria) dan kembali ke Jepun pada tahun 1941 dan melanjutkan pelajaran di Tokyo Imperial University pada tahun 1943.

Beliau menerima ijazah dalam bidang perubatan pada tahun 1948 bagaimanapun tidak mengamalkannya, sebaliknya beliau lebih aktif dalam bidang kesusasteraan.

Karyanya yang pertama diterbitkan pada tahun 1947 berjudul Mumei-shishū (Poems of an unknown poet) dan pada tahun berikutnya iaitu Owarishi michi no shirube ni (The Road Sign at the End of the Street).

Karyanya yang berjudul The Woman in the Dunes (1962) telah menjadikan beliau dikenali sebagai seorang penulis yang menghasilkan karya berbentuk avant-garde.

Beliau telah menerima anugerah Akutagawa pada tahun 1951 untuk karyanya berjudul The Crime of S. Karuma, Anugerah Yomiuri pada tahun 1962 untuk karyanya berjudul The Woman in the Dunes dan Anugerah Tanizaki pada tahun 1967 untuk karyanya berjudul Friends.

Pada tahun 1960 beliau telah bekerjasama dengan pengarah filem Hiroshi Teshigahara untuk adaptasi karya-karyanya seperti The Pitfall, The Woman in the Dunes, The Face of Another dan The Ruined Map.

Kōbō Abe telah dipilih untuk menjadi Ahli Kehormat Asing di American Academy of Arts and Sciences pada tahun 1977.

Kōbō Abe meninggal dunia pada 22 Januari 1993 ketika berusia 63 tahun akibat serangan jantung.

No comments: