Kejayaan di hujung seribu kegagalan itu adalah lebih bermakna - Napoleon Bonaparte
Napoleon Bonaparte atau dikenali juga sebagai Napoleon ialah seorang pemimpin politik dan ketenteraan Perancis.
Beliau dilahirkan pada 15 Ogos 1769 di Ajaccio, Pulau Corsica, Perancis.
Pada tahun 1799 Napoleon telah terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan pentadbiran Perancis dan kemudian Napoleon sendiri menjadi pentadbir yang digelar sebagai First Consul.
Napoleon kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Perancis pada tahun 1804 dan berjaya membentuk empayarnya sendiri daripada Poland ke Sepanyol.
Selepas kekalahannya di Trafalgar (1805) dan Russia (1812), Napoleon telah turun dari takhtanya dan dibuang ke sebuah pulau bernama Elba pada tahun 1814.
Napoleon kembali berkuasa pada tahun 1815 bagaimanapun telah dikalahkan di Waterloo dan dibuang pula ke Pulau St. Helena .
Napoleon Bonaparte meninggal dunia pada 5 Mei 1821. Pada mulanya Napoleon dikatakan mati akibat racun arsenik bagaimanapun setelah autopsi dan kajian dilakukan pada tahun 2007 dan 2008, Napoleon disahkan mati akibat barah usus dan kanser gastrik.
No comments:
Post a Comment