Sunday, November 11, 2012

Albert Einstein

"Jangan cuba jadi seorang lelaki yang berjaya tetapi cubalah menjadi seorang lelaki yang bernilai." - Albert Einstein

Albert Einstein ialah seorang pakar fizik teori kelahiran Jerman yang telah berjaya menemui teori kerelatifan.

Albert Einstein dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Kerajaan Württemberg di bawah jajahan Empayar Jerman.

Albert Einstein dikatakan sebagai salah seorang saintis terulung abad ke-20.

Pada tahun 1905 beliau telah menerbitkan teori khusus tentang kerelatifan dan pada tahun 1915 beliau telah berjaya menggabungkan kegravitian menurut teori kerelatifannya yang telah membersihkan namanya setelah salah satu daripada teorinya dipantau sewaktu gerhana matahari pada tahun 1919.

Bagaimanapun, Einstein telah menemui kegagalan dalam menggabungkan teori elektromagnetisme, pengravitian, kerelatifan dan mekanik quantum.

Beliau telah memberi idea untuk pembinaan bom atom bagaimanapun selepas Perang Dunia Kedua tamat beliau telah menegaskan pendiriannya menentang pembinaan senjata nuklear.


No comments: