"Hidup bukan mencari diri sendiri namun ia tentang membentuk diri sendiri." - George Bernard Shaw.
George Bernard Shaw ialah seorang dramatis dan penulis berketurunan Irish.
Beliau dilahirkan di Synge Street, Dublin, Ireland pada 26 Julai 1856.
Beliau terkenal dengan karyanya yang menggabungkan komedi dan persoalan mengenai moral dan pemikiran.
Antara karya-karyanya yang terkenal seperti Candida (1897), Man and Superman (1903), Major Barbara (1905), Pygmalion (1913) dan St. Joan (1923).
Sebagai seorang sosialis, beliau adalah seorang yang aktif di dalam sebuah pertubuhan yang dikenali dengan nama Fabian Society.
George Bernard Shaw menerima Anugerah Nobel untuk bidang Kesusasteraan pada tahun 1925.
George Bernard Shaw meninggal dunia pada 2 November 1950 ketika berusia 94 tahun disebabkan oleh kegagalan renal disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya akibat jatuh sewaktu mencantas sebatang pokok.
No comments:
Post a Comment