Monday, November 19, 2012

Ibnu Khaldun

"Bangsa yang dijajah biasanya menjadi malas kerana jiwanya sentiasa dikongkong oleh pihak penjajah dan mereka ini tidak mampu membela diri kerana rasa kalah telah mematahkan semangat mereka." - Ibnu Khaldun

Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan.

Beliau dilahirkan pada 1 Ramadan 732 Hijrah (27 Mei 1332) di Tunis, Afrika Utara.

Ibnu Khaldun merupakan seorang ahli sejarah Muslim yang dianggap sebagai bapa sejarawan, sosiologi dan ekonomi moden.

Beliau terkenal dengan karyanya berjudul Muqaddimah atau di kalangan para ilmuan Barat dikenali sebagai Prolegomenon.

Pada abad ke-19, beliau telah diiktiraf oleh cendikiawan Barat sebagai salah seorang tokoh falsafah yang ulung yang lahir daripada dunia Muslim.

Ibnu Khaldun meninggal dunia pada tahun 808 Hijrah (19 Mac 1406) di Kaherah, Mesir.

No comments: