Thursday, October 11, 2012

Robert T. Kiyosaki

Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” - Robert T. Kiyosaki

Robert T. Kiyosaki atau nama penuhnya Robert Toru Kiyosaki adalah seorang pelabur, usahawan, penulis dan motivator.

Beliau dilahirkan pada 8 April 1947 di sebuah tempat bernama Hilo di Hawaii, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Jepun.

Robert Kiyosaki menjadi terkenal setelah menulis sebuah buku berjudul Rich Dad, Poor Dad yang telah mencatatkan jualan best seller dan diterjemahkan kepada pelbagai bahasa.

Buku tersebut merupakan sebuah buku motivasi tentang perancangan kewangan dan bagaimana menjadi kaya dengan cara yang sepatutnya.

Robert Kiyosaki juga telah mencipta sejenis permainan yang melatih bagaimana untuk menjadi usahawan iaitu permainan Cashflow. Permainan ini dibuat dalam dua versi iaitu Cashflow untuk golongan dewasa manakala Cashflow Jr. untuk kanak-kanak.

Kiyosaki juga pernah menulis dua buah buku bersama seorang lagi usahawan terkenal iaitu Donald Trump. Buku-buku tersebut berjudul Why We Want You to Be Rich: Two Men, One Message dan Midas Touch: Why Some Entrepreneurs Get Rich And Why Most Don't.

Laman web Robert Kiyosaki ialah www.richdad.com.

No comments: