Tuesday, October 9, 2012

Nelson Mandela

"Rasa marah itu ibarat meminum racun dan mengharapkan racun itu membunuh musuh kita." - Nelson Mandela

Nama penuhnya Nelson Rolihlahla Mandela ialah Presiden Afrika Selatan ke-11 sejak 27 April 1994 sehingga 14 Jun 1999.

Beliau dilahirkan pada 18 Julai 1918 di Mvezo, sebuah perkampungan kecil yang terletak di daerah Umata.

Mandela pernah dipenjarakan pada tahun 1964 kerana menjadi aktivis untuk parti politik African National Congress (ANC).

Beliau dibebaskan pada tahun 1990 dan dilantik mengetuai ANC. Setelah menjadi ketua ANC, beliau telah mengadakan perbincangan bersama Presiden F.W. de Klerk untuk menamatkan era apartheid di Afrika Selatan. Atas usaha ini F.W. de Klerk bersama Nelson Mandela telah dianugerahkan Anugerah Nobel untuk keamanan pada tahun 1993.

Nelson Mandela dilantik menjadi Presiden Afrika Selatan pada 1994.

Bekas isterinya, Winnie Mandela yang pernah didakwa menculik dan melakukan kekerasan pada tahun 1990 telah menjadi ikon penting dalam ANC.

Nelson Mandela meninggal dunia pada 5 Disember 2013 di Houghton, Johannesburg, Afrika Selatan akibat jangkitan paru-paru ketika berusia 95 tahun.

No comments: