Sunday, October 14, 2012

Hamilton Mabie

"Jangan bimbang kepada penentangan. Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin." - Hamilton Mabie

Hamilton Mabie atau nama penuhnya Hamilton Wright Mabie, A.M., L.H.D., LL.D. ialah seorang pengarang, penerbit, pengkritik dan pensyarah warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan di Cold Spring, New York, Amerika Syarikat pada tahun 1846.

Ketika berusia 16 tahun beliau telah lulus untuk melanjutkan pelajaran ke kolej, bagaimanapun beliau terpaksa menunggu selama setahun sebelum memasuki Williams College pada 1867 dan Columbia Law School pada 1869.

Beliau menerima ijazah kehormat daripada Union College dan daripada Western Reserve dan Universiti Washington and Lee.

Meskipun beliau telah lulus ujian perundangan pada tahun 1869 beliau benci untuk belajar dan mengamalkan undang-undang.

Pada tahun 1876 beliau mengahwini Jeanette Trivett.

Pada musim panas tahun 1879 beliau telah diambil bekerja di sebuah pejabat majalah mingguan iaitu Christian Union (kemudian dinamakan The Outlook pada tahun 1893).

Beliau bekerja di syarikat tersebut sehinggalah akhir hayatnya.

Pada tahun 1884, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai editor bersama majalah Christian Union dan kemudian dipilih menyertai Author's Club di mana para anggotanya terdiri daripada mereka yang telah mencipta nama dalam bidang masing-masing seperti George Cary Eggleston, Richard Watson Gilder, Brander Matthews dan Edmund Clarence Stedman.

Hamilton Mabie meninggal dunia pada tahun 1916.

No comments: