Monday, October 8, 2012

Aristotle

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tak ada satu pun manusia jalang. - Aristotle

Aristotle ialah seorang ahli falsafah dan saintis Yunani.

Aristotle dilahirkan pada 384 Sebelum Masihi di Stageira, Chalcidice di Greece.

Aristotle ialah murid kepada Plato dan guru kepada Alexander The Great.

Aristotle telah mengasaskan sebuah sekolah bernama Lyceum di luar kawasan Athens.

Aristotle merupakan salah seorang daripada tokoh pemikir yang paling berpengaruh dalam sejarah.

Pemikirannya merangkumi berbagai subjek seperti logik, etika, metafizik, politik, sains semulajadi dan fizik.

Aristotle meninggal dunia di Euboea pada tahun 322 Sebelum Masihi akibat sebab-sebab semula jadi.

Sebelum meninggal dunia Aristotle telah mewasiatkan seorang pelajarnya iaitu Antipater untuk mengebumikannya di sebelah kubur isterinya.

No comments: