Monday, October 15, 2012

Malcolm X

"Sebuah dunia baru akan terbuka di hadapan mata seseorang, jika dia selesai membaca buku yang mengandungi ilmu yang amat berguna." - Malcolm X

Malcolm X ialah seorang aktivis kulit hitam warga Amerika Syarikat.

Nama sebenarnya ialah Malcolm Little dilahirkan di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat pada 19 Mei 1925.

Beliau menyertai pertubuhan Nation of Islam pada tahun 1946 dan menjadi aktivis yang aktif memperjuangkan nasib kulit hitam, terutama sekali keganasan ke atas kaum kulit hitam. Beliau juga telah memeluk Islam pada tahun yang sama.

Pada tahun 1964 beliau telah mengerjakan ibadah haji di Mekah dan berhijrah kepada ajaran Islam yang sebenar yang menolak perkauman dan keganasan.

Malcolm X menukar namanya kepada Al-Hajj Malik El-Shabazz.

Malcolm X telah dibunuh pada 21 Februari 1965 oleh seorang pengikut Nation of Islam.

No comments: