Saturday, June 30, 2012

Friedrich Nietzsche

"Bila anda melihat lama ke dalam sebuah jurang, jurang itu turut mengkaji anda." - Friedrich Nietzshe

Friedrich Wilhelm Nietzsche ialah seorang ahli falsafah bangsa Jerman.

Beliau dilahirkan pada 15 Oktober 1844 di Röcken bei Lützen, Prussia (Jerman).

Beliau dikenali dengan ideanya tentang Übermensch yang bermaksud Superman atau manusia unggul dan juga falsafah Will to Power (kehendak untuk berkuasa).

Menariknya, Nietzsche juga menganggap bahawa agama Kristian yang ada sekarang merupakan agama yang telah dipesongkan daripada ajaran Jesus yang sebenar. Malangnya, Nietzsche sendiri adalah seorang atheist.

Friedrich Wilhelm Nietzsche meninggal dunia pada 25 Ogos 1900 sewaktu berusia 55 tahun di Welmar, Saxony, Empayar Jerman. Beliau meninggal kerana pneumonia.

No comments: