Saturday, June 16, 2012

Winston Churchill

"Lebih jauh ke belakang anda boleh melihat, lebih jauh ke hadapan anda akan menyaksikan." - Winston Churchill

Sir Winston Leonard Spencer-Churchill dilahirkan pada 30 November 1874 di Bienheim Palace, Woodstock, Oxfordshire, England.

Beliau adalah seorang negarawan Konservativ British.

Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Britain sebanyak dua kali iaitu kali pertama bermula dari 10 Mei 1940 hingga 26 Julai 1945 dan pada 26 Oktober 1951 hingga 7 April 1955.

Beliau menggantikan Neville Chamberlain sebagai Perdana Menteri Britain pada tahun 1940 dan memimpin Britain mengharungi Perang Dunia Kedua, bersepakat dengan negara-negara bersekutu untuk menentang Kuasa-kuasa Axis seperti Jerman, Jepun dan Itali.

Beliau juga turut menulis dan antara hasil tulisannya ialah The Second World War dan A History of the English Speaking Peoples.

Beliau juga pernah mendapat Anugerah Nobel untuk bidang Kesusasteraan pada tahun 1953.

Sir Winston Churchill meninggal dunia di London pada 24 Januari 1965 ketika berusia 90 tahun.

No comments: