"Sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan oleh seseorang, apatah lagi apabila dia mengetahui betapa besar kebolehannya bagi melakukan sesuatu, atau menjadi sesiapa sahaja yang dia impikan selama ini." - Søren Kierkegaard
Søren Aabye Kierkegaard lahir pada 5 Mei 1813 dan meninggal dunia pada 11 November 1855.
Beliau adalah seorang ahli falsafah Denmark. Beliau juga seorang penulis yang terkenal.
Beliau merupakan seorang pengasas eksistensialisme, dan mengesahkan tentang pentingnya pengalaman individu dan pilihan. Beliau juga percaya seseorang itu boleh mengenali Tuhannya hanya melalui keimanan dan bukan menerusi sesuatu doktrin.
Antara hasil karyanya yang terkenal ialah Either-Or (1843) dan The Sickness unto Death (1849).
Søren Kierkegaard meninggal dunia ketika berusia 42 tahun kerana komplikasi di kepala akibat terjatuh daripada pokok sewaktu usia mudanya.
No comments:
Post a Comment