Saturday, May 19, 2012

Mao Ze Dong

"Satu kematian adalah tragedi, namun sejuta kematian ialah statistik." - Mao Ze Dong

Mao Ze Dong atau dikenali juga sebagai Mao Tse Tung dilahirkan pada 26 Disember 1893 di Shaoshan, Hunan, China.

Beliau adalah seorang negarawan dan Pengerusi Parti Komunis Republik Rakyat China mulai tahun 1949 - 1976 dan Ketua Negara China (1949 - 1959).

Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Parti Komunis China pada tahun 1921 dan menjadi pemimpinnya sewaktu peristiwa The Long March (1934 - 1935). Beliau telah berjaya mengalahkan pendudukan Jepun dan saingannya iaitu pasukan nasionalis Kuomintang yang bertujuan untuk menubuhkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan menjadi Ketua Negara.

Pada mulanya, Mao menjadikan Komunis Soviet sebagai contoh namun pada tahun 1956 beliau telah memperkenalkan sistem komunis mengikut acuannya sendiri seperti kempen Great Leap Forward (1956).

Setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Negara, Mao telah mengadakan Cultural Revolution (1966 - 1968) yang bertujuan untuk memperkukuhkan sosialisme di dalam negara dan mengusir kapitalisme.

Mao Ze Dong meninggal dunia pada 9 September 1976 di Beijing, China.

No comments: