Monday, November 18, 2013

Thomas Edison

"Saya bukan gagal 10,000 kali, sekali pun tidak. Saya telah berjaya membuktikan 10,000 cara itu tidak menjadi." - Thomas Edison

Thomas Edison ialah seorang ahli perniagaan dan pencipta warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Thomas Alva Edison dilahirkan pada 11 Februari 1847 di Milan, Ohio, Amerika Syarikat.

Beliau telah mencipta dan mengubahsuai beberapa peranti yang kemudiannya mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia.

Antara hasil-hasil ciptaannya seperti fonograf, kamera wayang gambar dan mentol elektrik.

Beliau telah diberi jolokan The Wizard of Menlo Park.

Thomas Edison adalah pencipta keempat paling prolifik dalam sejarah, sebanyak 1,093 rekaannya yang telah dipatenkan di Amerika Syarikat, begitu juga dengan negara-negara lain seperti United Kingdom, Perancis dan Jerman.

Hasil-hasil ciptaan dan rekaan Thomas Edison telah menubuhkan industri-industri baharu di seluruh dunia terutamanya lampu elektrik, kuasa utiliti utama, rakaman bunyi dan gambar bergerak.

Ciptaan beliau juga menyumbang kepada perkembangan telekomunikasi dan media massa.

Ini termasuklah alat perakam undi mekanikal, bateri, kuasa elektrik, perakam suara dan muzik serta wayang gambar.

Beliau memajukan dirinya dalam bidang penciptaan hasil daripada kerjayanya sebagai seorang operator telegraf.

Thomas Edison membangunkan sistem penjanaan kuasa elektrik dan pengagihan ke rumah-rumah, toko-toko perniagaan dan kilang-kilang.

Ia merupakan satu perkembangan penting dalam dunia perindustrian moden.

Stesen janakuasa elektrik pertama milik Thomas Edison terletak di Pearl Street, Manhattan, New York, Amerika Syarikat.

Thomas Edison meninggal dunia akibat komplikasi diabetes pada 18 Oktober 1931 di West Orange, New Jersey, Amerika Syarikat ketika berusia 84 tahun.

No comments: