"Aku telah berperang lebih daripada 100 kali dan tiada di badanku ini walaupun seinci kecuali padanya penuh dengan pukulan pedang, tusukan panah dan tikaman tombak. Dan inilah aku, yang akhirnya mati di atas katilku sendiri." - Khalid al-Walid
Khalid al-Walid ialah seorang panglima perang Muslimin yang paling pintar dan berani.
Nama penuhnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah al-Makhzumi al-Quraisy dilahirkan pada tahun 592 Masihi di Mekah.
Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan salah seorang pemimpin Quraisy yang utama.
Beliau telah menyertai orang Mekah dalam semua peperangan menentang orang Islam Madinah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, selepas berlakunya Perjanjian Hudaibiyah, Khalid al-Walid telah memeluk Islam. Rasulullah SAW telah memberikan jawatan panglima tentera berkuda kepadanya. Khalid al-Walid juga digelar sebagai Saifullah yang bermaksud Pedang Allah.
Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Khalid al-Walid telah ditugaskan untuk membunuh Musailamah al-Kazzab, seorang pembesar Bani Hanifah yang mengaku bahawa dirinya adalah seorang nabi.
Musailamah mempunyai pengikut seramai 40 orang dan berhasrat untuk menewaskan tentera Islam. Musailamah telah berpakat dengan Sajah dari suku Tamin yang juga mendakwa bahawa dirinya adalah nabi.
Bersama-sama, mereka telah memesongkan akidah orang Islam dengan mengurangkan solat fardhu daripada lima kali kepada tiga hari sehari semalam. Musailamah juga telah menghalalkan arak dan zina.
Pada tahun 633 Masihi bersamaan 12 Hijrah, Musailamah bersama-sama para pengikutnya telah dibunuh oleh tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid.
Apabila Umar menjadi Khalifah, Khalid al-Walid telah dilucutkan jawatannya namun ia tidak mematahkan semangatnya dan Khalid al-Walid tetap menyertai setiap peperangan yang bertujuan untuk menegakkan syiar Islam.
Meskipun Khalid al-Walid sentiasa terlibat dengan peperangan, namun riwayatnya tidak berakhir di medan perang sebaliknya di atas katil rumahnya. Khalid al-Walid meninggal dunia pada 642 Masihi bersamaan 21 Hijrah.
No comments:
Post a Comment