Monday, August 19, 2013

Ibnu Qudamah

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat." - Ibnu Qudamah

Ibnu Qudamah ialah seorang cendikiawan Islam bermazhab Hanbali dan telah mengarang buku-buku terutamanya tentang Mazhab Hanbali.

Nama penuhnya ialah Syamsuddin Abul Farji Abdul Rahman bin Muhammad bin Qudamah al-Maqdisi al-Hanbali.

Beliau dilahirkan di Baitulmuqaddis pada tahun 541 Hijrah bersamaan 1147 Masihi.

Ibnu Qudamah kemudian berpindah ke Damsyik dan menuntut ilmu daripada Ibnu Taimiyah dan az-Zahabi.

Ibnu Qudamah juga pernah bersama-sama Salehuddin al-Ayubi di dalam Perang Salib.

Antara karya-karya Ibnu Qudamah ialah seperti Tashilul Matlab Fi Tahsilil Mazhab, as-Syafi, al-Muqnik atau dikenali juga sebagai as-Syarhul Kabir, al-Mughni dan al-Umdah.

Ibnu Qudamah meninggal dunia pada Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal 620 Hijrah bersamaan 7 Julai 1223 Masihi. Ibnu Qudamah meninggal dunia ketika berusia 77 tahun.

No comments: