Thursday, April 4, 2013

Hassan al-Basri

"Tawa seorang mukmin adalah kelalaian daripada hatinya." - Hassan al-Basri

Hassan al-Basri ialah seorang ulama dan cendikiawan Muslim serta seorang Tabiin iaitu generasi selepas Sahabat Rasulullah SAW.

Nama penuhnya ialah Abu Said Hasan bin Abi Hasan Yasar al-Basri dilahirkan pada tahun 21 Hijrah bersamaan 642 Masihi di Madinah.

Hassan al-Basri ialah soerang yang berpengetahuan luas dalam bidang tasawuf, fiqah, hadis dan tafsir.

Beliau juga meriwayatkan hadis daripada beberapa orang Sahabat dan pengikut Rasulullah SAW.

Sewaktu berada di Madinah, Hassan al-Basri berkesempatan berjumpa dengan beberapa Sahabat Rasulullah SAW seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah dan Saiditina Aisyah binti Abu Bakar.

Selepas Perang Safin meletus pada 37 Hijrah, Hassan al-Basri bersama keluarganya berpindah ke Basrah, Iraq.

Di Basrah, Hassan al-Basri telah menubuhkan sebuah pusat pengajian. Antara murid-muridnya di Basrah ialah Wasil bin 'Atak iaitu pengasas pemikiran Muktazilah, Amar bin Ubaid, Qatadah bin Di'amah dan Malik bin Dinar.

Hassan al-Basri meninggal dunia di Basrah pada 5 Rejab 110 Hijrah bersamaan 728 Masihi.

No comments: