Monday, March 25, 2013

Warren Buffet

"Dalam mencari seseorang untuk diambil bekerja, kita mencari tiga ciri integriti, kebijaksanaan, tenaga dan semangat. Dan jika mereka tiada kualiti yang pertama, dua kualiti yang lain itu akan membinasakan anda." - Warren Buffet

Warren Buffett ialah seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Warren Edward Buffett dilahirkan pada 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat.

Ayahnya Howard Homan Buffett juga adalah seorang ahli perniagaan dan Ahli Perwakilan Amerika Syarikat.

Sejak zaman kanak-kanak lagi, Warren Buffett berminat dalam bidang perniagaan dan berjalan dari rumah ke rumah menjual gula-gula, minuman ringan dan juga akhbar dan majalah.

Pada tahun 1951 - 1954 Warren Buffett bekerja di Buffett-Falk & Co. kemudian di Graham-Newman Corp. mulai 1954 - 1956.

Pada tahun 1956 beliau telah menjadi rakan kongsi di dalam Buffett Partnership, Ltd. dan pada tahun 1970 beliau menjadi CEO kepada Berkshire Hathaway Inc.

Warren Buffett dinobatkan sebagai individu terkaya pada tahun 2008 oleh majalah Forbes dan individu ketiga terkaya oleh majalah yang sama pada tahun 2011. Pada tahun 2012 majalah Time menamakan Buffett sebagai salah seorang individu paling berpengaruh di dunia.

Warren Buffet juga mendapat beberapa gelaran antaranya seperti Wizard of Omaha, Oracle of Omaha dan Sage of Omaha berdasarkan kemampuannya meramal turun naik saham dan juga kehematan dirinya dari segi perbelanjaan.

Pada 11 April 2012 Warren Buffett telah didiagnosis menghidap kanser prostat. Pada 15 September 2012 beliau telah menamatkan rawatannya iaitu rawatan radiasi selama 44 hari.

No comments: