Tuesday, November 27, 2012

Syeikh Muhammad Abduh

"Saya telah pergi ke negara Barat dan menemui Islam tanpa Muslim, saya kembali ke negara Arab dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam." - Syeikh Muhammad Abduh.

Syeikh Muhammad Abduh ialah seorang pakar undang-undang Mesir, ilmuan Islam dan reformis pendidikan.

Syeikh Muhammad Abduh atau nama sebenarnya Muhammad bin Abduh bin Hassan Khairullah dilahirkan di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir pada tahun 1849.

Syeikh Muhammad Abduh telah mampu untuk menghafaz ayat al-Quran ketika berusia 12 tahun.

Beliau merupakan anak murid tokoh Islam ternama iaitu Sayid Jamaluddin al-Afghani.

Syeikh Muhammad Abduh pernah terlibat dengan Pemberontakan Urubiyyah di Mesir dan telah dibuang negeri. Sewaktu dalam buangan, beliau telah pergi ke Perancis dan menerbitkan sebuah majalah berjudul al-Urwah al-Wuthqa.

Syeikh Muhammad Abduh juga terkenal sebagai pengarang buku. Bukunya yang berjudul Risalah at-Tauhid telah dijadikan buku teks dan rujukan di institusi-institusi pengajian tinggi Mesir.

Syeikh Muhammad Abduh meninggal dunia pada 11 Julai 1905 di Iskandariah, Mesir akibat penyakit kanser.

No comments: