Sunday, November 25, 2012

Anna Quindlen

"Membaca pelbagai karya orang luar akan mengajar kita untuk mengetahui, menghayati dan mentafsir pengalaman orang lain." - Anna Quindlen

Anna Quindlen ialah seorang pengarang dan wartawan warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan pada 8 Julai 1952 di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Beliau menjadi pengarang, wartawan dan mempunyai kolum pendapat di akhbar The New York Times.

Beliau juga menulis novel dan antara novel-novelnya ialah Object Lessons (1991), One True Thing (1994), Black and Blue (1998), Blessings (2002), Rise and Shine (2006) dan Every Last One: A Novel (2010). Novel Black and Blue telah dipilih untuk disertakan dalam program televisyen Oprah's Book Club yang dikendalikan oleh Oprah Winfrey pada bulan April 1998.

Anna Quindley pernah mendapat Anugerah Pulitzer untuk komentarnya di dalam The New York Times pada tahun 1992.


No comments: