Tuesday, October 2, 2012

Steve Jobs

"Orang yang benar-benar hebat akan terus mencari kunci utama, punca sebenar masalah - dan mengemukakan satu penyelesaian yang sangat elok dan menarik untuk dilaksanakan." - Steve Jobs

Steve Jobs atau nama penuhnya Steven Paul Jobs ialah seorang usahawan komputer Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Francisco, Amerika Syarikat. Ibunya berketurunan Swiss iaitu Joanne Carole Schieble manakala ayahnya berketurunan Arab Syria iaitu Abdulfattah "John" Jandali. Akibat tentangan daripada keluarga dan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, beliau telah diserahkan kepada keluarga angkat iaitu Paul Reinhold Jobs dan Clara Jobs.

Steve Jobs telah mengasaskan syarikat komputer Apple bersama sahabatnya Steve Wozniak pada tahun 1976. Mereka telah menggunakan garaj di rumah keluarga angkat Jobs sebagai ibu pejabat. Steve Wozniak telah mencipta sejenis komputer yang diberi nama Apple I.

Steve Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 di rumahnya di California. Kematiannya adalah disebabkan penyakit kanser pankreas yang dihidapinya. Kematian Steve Jobs disifatkan sebagai satu kehilangan besar di dalam dunia industri komputer.

No comments: