Monday, October 1, 2012

Marva Collins

"Kejayaan tidak datang kepada anda, anda perlu mendapatkannya." - Marva Collins

Marva Collins ialah seorang pendidik warga Amerika Syarikat yang lahir pada 31 Ogos 1936 di Monroeville, Alabama.

Beliau adalah kelulusan Clark College (sekarang dikenali sebagai Clark Atlanta University di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Pada tahun 1975 beliau telah mengasaskan sebuah sekolah iaitu Westside Preparatory School di Garfield Park, Chicago, Illinois.

Sekolah itu dibuka lebih daripada 30 tahun sehingga ia ditutup pada tahun 2008 akibat kekurangan dana menguruskan sekolah tersebut.

Beliau juga terkenal kerana menggunakan kaedah pendidikan klasik dan berjaya mengubah nasib beberapa pelajar yang tidak berkemampuan yang telah dilabelkan sebagai gagal dalam pelajaran di sekolah-sekolah awam.

Marva Collins telah menulis beberapa buku panduan dan buku motivasi tentang kaedah-kaedah pendidikannya.

Pada tahun 2006 beliau telah membina laman webnya sendiri iaitu www.marvacollins.com dan perkhidmatan public speaking.

Kisah hidup beliau telah difilemkan pada tahun 1981 melalui filem biografi The Marva Collins Story yang dibintangi oleh Morgan Freeman dan Cicely Tyson.

No comments: