Thursday, December 5, 2013

Lawrence Summers

"Kita mengamalkan kuasa idea, bukannya idea (tentang) kuasa." - Lawrence Summers

Lawrence Summers ialah seorang tokoh ekonomi warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Lawrence Henry "Larry" Summers dilahirkan pada 30 November 1954 di New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat.

Lawrence Summers menjadi profesor ekonomi di Universiti Harvard pada tahun 1983.

Beliau meninggalkan Harvard pada tahun 1991 dan berkhidmat sebagai Ketua Ekonomi di Bank Dunia bermula tahun 1991 hingga 1993.

Pada tahun 1993 Lawrence Summers telah dilantik di bawah Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa untuk Jabatan Perbendaharaan di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton.

Pada tahun 1995 beliau telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Setiausaha Perbendaharaan di bawah mentornya dalam bidang politik iaitu Robert Rubin.

Pada tahun 1999, beliau mengambil alih tempat Rubin sebagai Setiausaha Perbendaharaan.

Sewaktu berkhidmat untuk pentadbiran Clinton, Summers telah memainkan peranan utama dalam respon Amerika untuk krisis ekonomi 1994 di Mexico, krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan krisis kewangan Rusia.

Beliau juga memainkan peranan dalam penswastaan Amerika untuk perkembangan ekonomi negara-negara Pasca-Soviet dan dalam pembatalan kawal selia sistem kewangan Amerika Syarikat termasuk pemansuhan Akta Glass-Steagall.

Berikutan berakhirnya tempoh pentadbiran Bill Clinton, Summers dilantik sebagai Presiden Universiti Harvard yang ke-27 dari tahun 2001 hingga 2006.

Summers meletak jawatan sebagai Presiden Universiti Harvard berikutan undi tidak percaya ke atasnya oleh fakulti Harvard yang mengakibatkan konflik antara Summers dan Cornel West, konflik kewangan dan hubungannya dengan Andrei Shleifer dan ucapannya pada tahun 2005 dimana beliau mengatakan bahawa dengan penyertaan wanita di dalam bidang sains dan kejuruteraan boleh menyebabkan 'perbezaan kebolehan untuk tujuan yang mulia' dan mengurangkan corak diskriminasi dan sosialisasi.

Setelah meninggalkan Harvard, Summers menjadi rakan kongsi kepada syarikat D.E. Shaw and Co. dan sebagai penasihat kepada syarikat-syarikat kewangan gergasi seperti Goldman Sachs, JPMorgan Chase, Citigroup, Merrill Lynch dan Lehman Brothers.

Lawrence Summers kembali menyertai perkhidmatan awam semasa pentadbiran Presiden Barrack Obama dan berkhidmat sebagai Pengarah Majlis Ekonomi Negara di White House dari Januari 2009 hingga November 2010 di mana beliau muncul sebagai pembuat keputusan utama ekonomi dalam tindakbalas pentadbiran Obama untuk Kemelesetan Besar.

Setelah meninggalkan Majlis Ekonomi Negara pada Disember 2010, Lawrence Summers menjadi kolumnis untuk akhbar-akhbar utama.

Pada pertengahan tahun 2013 namanya telah disebut-sebut sebagai pengganti Ben Bernanke sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan pada tahun 2014, bagaimanapun Obama mencalonkan Naib Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu Janet Yellen untuk jawatan tersebut.



No comments: