Sunday, November 10, 2013

Barbara Tuchman

"Buku adalah pengusung peradaban." - Barbara Tuchman

Barbara Tuchman ialah seorang ahli sejarah dan pengarang warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Barbara Wertheim Tuchman dilahirkan pada 30 Januari 1912 di New York, Amerika Syarikat.

Beliau memenangi Hadiah Pulitzer sebanyak dua kali, pertama untuk karyanya berjudul The Guns of August (kemudiannya dikenali sebagai August 1914), sebuah buku sejarah yang paling laris mengisahkan tentang bulan pertama sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama dan Stilwell and the American Experience in China: 1911-1945, sebuah biografi mengenai Jeneral Joseph Stilwell.

Tuchman menumpukan untuk menulis sejarah popular.

Barbara Tuchman meninggal dunia pada 6 Februari 1989 di Greenwich, Connecticut, Amerika Syarikat sewaktu berusia 77 tahun.

No comments: