Wednesday, October 9, 2013

Epictetus

"Orang yang bijak tidak khuatir dengan perkara-perkara yang dia tidak miliki, tetapi mensyukuri apa yang dia miliki." - Epictetus

Epictetus ialah seorang tokoh falsafah Greek.

Beliau dilahirkan pada tahun 55 Masihi di Hierapolis, Phyrgia.

Beliau telah mengajar tentang erti persaudaraan sesama manusia dan menyokong falsafah Stoic (Stoicism) yang diasaskan oleh seorang ahli falsafah bernama Zeno.

Sebelum menjadi seorang guru, Epictetus ialah seorang hamba.

Ajarannya dicatat oleh pelajar-pelajarnya dan kemudian dibukukan berjudul Discourses.

Epictetus meninggal dunia pada tahun 135 Masihi di Nicopolis, Greece.

No comments: