"Selalunya apa yang diperlukan hanya perubahan dalam diri kita, bukannya perubahan keadaan." - Arthur Christopher Benson
Arthur Christopher Benson ialah seorang penulis, penyair dan pengarang bangsa Inggeris.
Beliau dilahirkan pada 24 April 1862 di Wellington College, Berkshire, England.
Beliau merupakan anak kepada Edward White Benson yang merupakan Pengetua pertama Wellington College dan kemudian dilantik menjadi Archbishop of Canterbury.
Beliau merupakan abang kepada penulis Robert Hugh Benson dan Edward Frederick Benson.
Meskipun berbakat dalam bidang penulisan dan akademik, Arthur Christopher Benson menghidap penyakit kemurungan yang dikatakan diwarisi dari bapanya.
Arthur Christopher Benson melanjutkan pelajaran ke Eton College dan kemudian King's College di Cambridge.
Sejak tahun 1885 ke 1903 beliau telah menjadi pendidik di Eton kemudian beliau menjadi pensyarah di Cambridge dalam bidang kesusasteraan Inggeris di Magdalene College.
Sejak tahun 1915 ke 1925, beliau telah menjadi Master of Magdalene.
Pada tahun 1906 pula beliau menjadi Gabenor Gresham's School.
Kumpulan puisi dan eseinya seperti From a College Window dan The Upton Letters (esei yang ditulis dalam bentuk surat) merupakan karyanya yang terkenal.
Ada juga hasil tulisannya yang dipetik daripada diarinya seperti From the Diaries of A.C. Benson, 1898–1904.
Arthur Christopher Benson juga dikenali sebagai seorang penulis kisah-kisah hantu dan seram. Antara kisah-kisah hantu yang ditulisnya seperti The Hill of Trouble (1903), The Isles of Sunset (1904), Basil Netherby (koleksi kisah-kisah hantu A.C. Benson yang dikumpulkan oleh adiknya Fred Benson, 1927) dan The Temple of Death: The Ghost Stories of A.C. & R.H. Benson (koleksi kisah-kisah hantu yang ditulis oleh A.C. Benson dan adiknya, Robert Hugh Benson yang dikumpulkan oleh David Stuart Davies, 2007).
Arthur Christopher Benson meninggal dunia di Magdalene College pada 17 Jun 1925 dan dikebumikan di tanah perkuburan St. Giles, Huntingdon Road, Cambridge.
No comments:
Post a Comment