"Kebebasan sepenuhnya bagi serigala bererti maut bagi kambing." - Isaiah Berlin
Isaiah Berlin ialah seorang ahli falsafah kelahiran Latvia-Russia dan warga British.
Beliau dilahirkan pada 6 Jun 1909 di Riga, Empayar Russia (kini dikenali sebagai Latvia).
Isaiah Berlin dianggap sebagai seorang tokoh yang begitu mementingkan sejarah dan pemikiran.
Beliau juga dikenali dengan penulisannya. Antara karya-karyanya yang terkenal ialah Karl Marx (1939), Four Essays on Liberty (1959) dan Vico and Herder (1976).
Isaiah Berlin meninggal dunia pada 5 November 1997 di Oxford, England ketika berusia 88 tahun.
No comments:
Post a Comment