"Negara dan rakyat tidak mustahak. Apa yang utama dan bernilai ialah siapa pemegang kuasa!" - Charles de Gaulle.
Charles de Gaulle ialah seorang negarawan,jeneral tentera dan bekas Perdana Menteri Perancis.
Nama penuhnya Charles André Joseph Marie de Gaulle dilahirkan di Lille, Perancis pada 22 November 1890.
De Gaulle merupakan ketua kepada gerakan Pembebasan Perancis (Free French Movement) daripada pemerintahan Nazi sewaktu Perang Dunia Kedua.
Setelah Perancis dibebaskan daripada pendudukan Jerman, de Gaulle telah menjadi ketua kerajaan sementara Perancis.
Pada tahun 1958, de Gaulle telah menjadi Presiden pertama untuk Republik Kelima dan merangka perlembagaan baharu.
Beliau menyandang jawatan tersebut dari tahun 1958 hingga 1969 dan dikenali dengan ideologi politiknya yang digelar Gaullisme.
Charles de Gaulle meninggal dunia secara mengejut pada 9 November 1970, setahun setelah persaraannya daripada dunia politik. Mengikut laporan perubatan, de Gaulle meninggal dunia akibat menghidap aneurisme.
No comments:
Post a Comment