Tuesday, July 23, 2013

Disraeli

"Dengan kata-kata kita boleh menguasai minda manusia." - Disraeli

Benjamin Disraeli ialah 1st Earl of Beaconsfield dan pernah menjadi Perdana Menteri Great Britain sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1868 dan pada tahun 1874 hingga 1880.

Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1804 di Bedford Row, London, England.

Benjamin Disraeli telah memperkenalkan Akta Pembaharuan kedua pada 1867 yang menggandakan bilangan pengundi dan juga langkah-langkah untuk meningkatkan kesihatan awam dan persekitaran kerja yang selamat di kilang-kilang.

Beliau juga memastikan Britain membeli kepentingan saham Terusan Suez pada tahun 1875 dan menjadikan Ratu Victoria sebagai Maharani India.

Benjamin Disraeli meninggal dunia pada 19 April 1881 di London, England ketika berusia 76 tahun.

No comments: