Monday, July 8, 2013

Abu Bakar al-Tartushi

"Taat kepada pemerintah adalah petunjuk bagi orang yang menjadikan cahayanya sebagai penyuluh, tempat berlindung bagi mereka yang memeliharanya. Orang yang terkeluar dari sempadan taat, tersingkir ia daripada perlindungan Allah, terlepas daripada jaminannya. Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agamanya yang lurus, perisai yang melindungi dan pemeliharaan yang tinggi." - Abu Bakar al-Tartushi

Abu Bakar al-Tartushi ialah seorang pakar undang-undang Islam yang terkenal dari Tortosa, di kawasan utara al-Andalus di delta Ebro.

Nama penuhnya ialah Abu Bakr Muhammad ibn al-Walid al-Tartushi, dilahirkan pada tahun 451 Hijrah bersamaan 1059 Masihi.

Beliau telah merantau untuk mencari ilmu pengetahuan, agar dapat mendidik dirinya dengan pelbagai ilmu dan telah merantau sehingga ke Baghdad. Beliau juga pernah ke Damsyik, Aleppo, Kaherah dan Iskandariah.

Di Iskandariah, beliau pernah mengajar di sebuah pusat pengajian agama. Beliau adalah penentang ideologi Ismaili daripada dinasti Fatimid di Mesir.

Beliau juga pernah mengeluarkan fatwa untuk Yusuf ibn Tashfin, pemerintah Almoravid al-Andulus (Muslim Sepanyol). Ini membolehkan beliau untuk menyerang Sepanyol dan menggulingkan kerajaan Taifa.

Karyanya yang terkenal ialah Siraj al-Muluk.

No comments: