Thursday, May 2, 2013

Abd al-Latif al-Baghdadi

"Seseorang yang terpelajar adalah mulia di mana pun atau dalam keadaan apa pun ia mungkin berbeza, selalu bertemu dengan orang yang menguntungkan dirinya, yang mendekat kepadanya dan mencari persahabatannya, berasa terhormat kerana berada dekat dengannya." - Abd al-Latif al-Baghdadi

Abd al-Latif al-Baghdadi atau Abdul Latif al-Baghdadi ialah seorang ahli anatomi Muslim.

Nama penuhnya ialah Abdul Latif bin Yusuf bin Mohammad dilahirkan pada tahun 1162 di Baghdad, Iraq.

Abdul Latif al-Baghdadi telah mendapat pendidikan awal tentang ilmu agama dan al-Quran sejak kecil lagi. Apabila dewasa beliau telah melanjutkan pendidikannya dalam bidang falsafah dan juga ilmu perubatan.

Beliau dikenali sebagai tokoh Muslim pertama yang berjaya mendeskripsikan tengkorak kepala manusia secara lengkap dan tepat.

Beliau juga aktif sebagai penulis dan telah menghasilkan beberapa karya tentang bidang perubatan, falsafah dan juga kesusasteraan. Karya-karyanya telah diterjemahkan kepada bahasa-bahasa lain seperti Latin, Inggeris dan Perancis.

Abdul Latif al-Baghdadi juga meminati karya-karya Ibnu Sina. Beliau pernah menghasilkan beberapa ulasan dan juga kritikan terhadap karya-karya Ibnu Sina.

Selain daripada tokoh-tokoh pemikir Arab, Abdul Latif al-Baghdadi juga meminati dan mengadaptasi beberapa teori dan pemikiran tokoh-tokoh Yunani seperti Aristotle dan Hippocrates.

Abdul Latif al-Baghdadi meninggal dunia pada tahun 1231.

No comments: