Tuesday, January 29, 2013

Robert Frost

"Tidak ada air mata dalam penulis, tidak ada air mata dalam pembaca, tiada kejutan untuk penulis, tiada kejutan untuk pembaca." - Robert Frost

Robert Frost ialah seorang penyair warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Robert Lee Frost dilahirkan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 26 Mac 1874.

Robert Frost dikenali dengan puisinya yang bernada ironi dan menggunakan ayat yang mudah difahami.

Kebanyakan puisinya berkait rapat dengan daerah New England, contohnya koleksi North of Boston (1914) dan New Hampshire (1923).

Beliau pernah memenangi Anugerah Pullitzer sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1924, 1931 dan 1943.

Sewaktu perlantikan John F. Kennedy sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1961, Robert Frost telah membacakan puisi berjudul The Gift Outright.

Robert Frost meninggal dunia pada 26 Januari 1963 akibat komplikasi kerana pembedahan prostatnya.

No comments: