Sunday, November 4, 2012

Eric Hoffer

"Apabila orang bebas untuk berbuat sesuka hati, mereka biasanya meniru antara satu sama lain." - Eric Hoffer

Eric Hoffer ialah seorang penulis sosial warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan di Bronx, New York, Amerika Syarikat pada 25 Julai 1902.

Beliau telah mengarang sepuluh buah buku dan dianugerahkan Presidential Medal of Freedom pada bulan Februari 1983.

Buku pertamanya berjudul The True Believer diterbitkan pada tahun 1951 yang telah dikatakan sebagai bukunya yang terbaik sedangkan beliau sendiri menganggap karyanya yang berjudul The Ordeal of Change sebagai karyanya yang terbaik.

Pada tahun 2001, Anugerah Eric Hoffer telah diwujudkan untuk mengiktiraf karya-karyanya.

Eric Hoffer meninggal dunia di rumahnya di San Francisco, Amerika Syarikat pada 21 Mei 1983 sewaktu berusia 80 tahun.

No comments: