Thursday, September 20, 2012

William Wister Haines

"Jangan takut untuk bertanya soalan-soalan bodoh.  Mereka lebih mudah dihadapi daripada kesilapan-kesilapan bodoh." - William Wister Haines

William Wister Haines ialah seorang pengarang, penulis lakon layar dan penulis drama warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat pada 17 September 1908.

Beliau dikenali dengan karyanya yang terkenal iaitu Command Decision yang telah diterbitkan dalam bentuk novel, persembahan dan lakon layar apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.

Command Decision adalah berdasarkan pengalamannya sewaktu berada di dalam angkatan tentera Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia Kedua. Ia kemudian difilemkan pada tahun 1948 dengan Clark Gable sebagai pelakon utamanya.

William Wister Haines mendirikan rumah tangga bersama Frances Tuckerman pada tahun 1934 dan mendapat dua cahayamata. Beliau kemudian bersara daripada bidang penulisan dan menetap di Laguna Niguel di selatan California, Amerika Syarikat.

William Wister Haines meninggal dunia pada 18 November 1989 akibat angin ahmar sewaktu berada di dalam kapal persiaran berhampiran Acapulco, Mexico.

No comments: