Saturday, June 9, 2012

Ralph Waldo Emerson

"Semua adalah teka-teki, dan kunci bagi suatu teka-teki......adalah sebuah lagi teka-teki." - Ralph Waldo Emerson

Ralph Waldo Emerson ialah seorang ahli falsafah dan penyair warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 25 Mei 1803.

Sewaktu beliau melawat England pada tahun 1832, beliau telah bertemu dengan tiga orang penulis iaitu Samuel Taylor Coleridge, William Wordsworth dan Thomas Carlyle, di mana beliau kemudian telah terpengaruh dengan idealisme Jerman.

Sekembalinya beliau ke Amerika Syarikat, beliau telah memperkembangkan konsep Transcendentialism yang mana telah dinukilkannya di dalam puisinya yang berjudul Nature (1836).

Ralph Waldo Emerson meninggal dunia pada 27 April 1882 akibat pneumonia.


No comments: