Wednesday, May 30, 2012

Rudyard Kipling

"Terlalu banyak kerja dan terlalu banyak tenaga membunuh seseorang dengan berkesan seperti terlalu banyak nasi atau terlampau banyak minum." - Rudyard Kipling

Joseph Rudyard Kipling ialah seorang penulis warga British.

Beliau dilahirkan di Bombay, India pada 30 Disember 1865 dan berhijrah ke England bersama keluarganya ketika beliau berusia lima tahun.

Rudyard Kipling dikenali untuk karya-karyanya yang berlatar belakangkan negara India seperti Jungle Book dan The Man Who Would Be King.

Rudyard Kipling menerima Anugerah Nobel untuk bidang kesusasteraan pada tahun 1907.

Rudyard Kipling meninggal dunia pada 18 Januari 1936 akibat menghidap ulser peptik.

No comments: